Followers

Monday, January 25, 2010

Saya melihat mata along berkaca...saya tahu along menangis.


Assalamualaikum,
Ketika saya menulis entri ini, suasana sangat sepi. Kedengaran hanya suara-suara cengkerik malam, seakan syair-syair rindu melatari waktu. Saya tidak mampu melelapkan mata sekalipun keletihan saya bermalam di hospital masih belum berbayar. Ingatan saya berlegar, wajah anak saudara saya dari Kota Damansara yang siang tadi kembali memenuhi benak. Pertanyaan abang long tentang mati membuat saya tergamam sesaat. Cerita tentang mati juga meremang roma saya.
“Pernah mimpi mati?” Soalan pertama along. Saya mengeleng kepala sebagai jawapan untuk soalan itu.
“ Along pernah bermimpi, along mati.” Anak saudara saya memulakan ceritanya. Pada saya mimpi tentang mati adalah normal. Saya hanya mengangguk-angguk tanpa ada segala makna anggukan itu.
“Waktu itu along nampak semua sanak saudara berkumpul I rumah along, semua duduk di sebelah jasad along yang terbaring. Along melihat dengan jelas mereka memandikan along, mengkapankan along dan semua proses untuk kematian along disempurnakan. Tidak ada seorangpun yang bersedih atas kematian along. Masa along hati along seakata beranya, jahat sangatkah aku sehingga kematian aku tidak sedikitpun menyedihkan orang?
Persiapas seterusnya hinggalah along dibawa ke tanah perkuburan.” Sampai di situ along terhenti dan merenung saya sambil menunjukkan lengannya yang mula berbiji dan meremang.
“Tahu apa yang along nampak lagi?” Soalnya pada saya. Sekali lagi mengeleng kepala tanpa rasa sabar untuk mengetahui apa yang dilalui anaksaudara saya selepas itu.
“Mereka menurunkan along ke dalam liang. lahad, mereka betulkan kedudukan along sewaktu mereka menutup sekeping papan dan semuanya menjadi semakin gelap. Hanya TUHAN yang tahu ketakutan along, tiba-tiba along terjaga. Along mengigil seluruh badan along berpeluh. Along menangis tersedu pada malam yang sangat sepi. Waktu itu along bersyukur kepada ALLAH bahawa along masih hidup, namun hanya itu yang along rasakan, sedangkan tidak bertindak untuk bangun malam untuk sekurang-kurangnya sembahyang malam dan keinsafan along waktu itu hanya setakat itu.
Cerita along tidak terhenti di situ. Pengalaman ajaib yang dilalui selepas mimpi itu membuat mimpi ngeri itu memberi makna yang mendalam dalam diri anak saudara saya itu. Pada satu senja selepas itu, dia mengalami satu kejadian yang lebih anih.
“ Perut along tiba-tiba memulas, along berlari-lari ke bilik di tempat kerja along, anihnya semua deretan tandas berpenghuni. Tidak pernah berlaku selama ini. Hanya satu tandas yang tidak digunakan, sebuah tandas surau yang jauh dari tempat kerja along. Along terus menyelesaikannya. Untuk pengetahuan, sepanjang along berkerja, along tidak pernah solat di surau tersebut, malah solatpun kerap terabai. Namun pada hari itu, sangat anih. Along teringin sangat untuk solat, along terus mengambil wuduk, dan sewaktu along memandang ke dalam surau, tidak ada seorang pun di dalamnya, namun apa yang along nampak adalah satu cahaya putih yang sangat terang memenuhi surau di depannya itu, sukar untuk along ceritakan. Along terus melangkah masuk dan bersolat. Along tidak tahu berapa lama along bersolat dalam keadaan along lama meninggalkannya, sewaktu along memberi salam terakhir, along tersentak melihat ramai para jemaah lain di belakang along.” Along berhenti sejenak.
“Sejak itu itu satu perubahan yang sangat ketara pada cara hidup along, along tidak lagi berlengah untuk menunaikan solat apa yang lebih memberi erti lagi, along akan menggigil setiap kali along melengah waktu.” Along menamatkan ceritanya. . Saya masih ingat sewaktu di sekolah rendah, along sering menjadi imam dan bilal pada waktu-waktu solat di sekolah. Namun pada meningkat remaja, along berhijrah ke kota cosmopolitan. Dan pada saya penghijrahan itu banyak merubah along dan identity sewaktu zaman awal remaja. Dan peristiwa yang dilalui along saya anggapkan sebagai nurhidayah ALLAH kepadanya untuk menjadi dirinya yang sebenarnya.
“Along, along tahu tak? Along antara hamba yang bertuah. Apa yang along lalui dan along nampak adalah cahaya Hidayah ALLAH pada Along. Jarang dilalui oleh orang lain” Ungkap saya sambil memegang lengan along dengan penuh rasa bersyukur. Saya melihat mata along berkaca. Saya tidak tahu apa yang menigisi kotak fikiran along saat itu. Namun pada saya pengalaman along banyak membuat saya berfikir, tentang diri, kehidupan dan kematian. Mati itu wajib.
Kepada semua pembaca, salam sayang dari Indah, Mudahan apa yang Indah rasa turut dirasai oleh pembaca entri ini.Wassalah.

4 comments:

Anonymous said...

yerrrr,,,,,sama seperti saya....

Indah Hairani said...

sdr/sdri..
salam...pada sy hanya org2 yg terpilih melaluinya...
assalam

Anonymous said...

saya juga slalu teringatkan mati, kandang2 saya saya seperti sudah mati.

rusliesophian said...

Salam,

Meskipun telah lama berlalu, namun ingatan bagimana seorang sahabat singgah di pejabat menceritakan masalah peribadi; bisnes, rakan-kongsi, kewangan dan tarikh pertunangannya yang hanya beberapa hari saja lagi. Seketika dia beredar tanpa saya sedari. Setengah jam kemudian telefon di meja berdering. Sebaik mengangkat gagang, suara seorang kenalan memberitahu sahabat tadi terlibat dalam kemalangan jalanraya dan jenazahnya di hospital sekarang.
Terkedu dan kelu rasanya diri ini. Sehingga kini saat2 terakhir bersama beliau masih jelas tergambar.