Followers

Wednesday, February 3, 2010

KATAMU....kataku...


Katamu,
akan kubawa engkau
ke satu daerah damai
pada malam yang indah
mendengar desir air
gemersik angin
dan syair cengkerik
di bawah cahaya purnama
di sebalik kemilau wajah di air
sambil kuajarkan engkau
mengukir puisi
pada dada batu
tempat kita diam berdua


Katamu,
Akan kudendangkan
syair rinduku padamu
sambil kau rebahkan kepala di bahuku
dan menyandarkan resah di dadaku
kita saling bercerita
dan berhenti
ketika kicau burung menyambut pagi
sesudahnya kita berangkat
menyalami perpisahan
dengan salam wangi

Kataku,
akan kuajak engkau
berlama di serambi
sambil menghitung
realiti.

8 comments:

rusliesophian said...

Dalam khayalan kekadang muncul realiti.

Sham said...

I like it .

Indah Hairani said...

Salam Tn. rusliesophian...
Perasaan sering melangkau benua dan sempadan...

Indah Hairani said...

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana menyukainya..silakan berlama di dalamnya...wassalam

Haiza Najwa said...

terbuai jugak you. Dah hilang dia dari pandangan br you tersedar ha ha..

dYzA aiNuN said...

nice poem...

Indah Hairani said...

Mengurus perasaan memang sukar...
salam kasih buat sis Haiza Najwa..
wassalam...

Indah Hairani said...

Indah ke?
Terima kasih Dyza...