Followers

Friday, June 26, 2009

Antara yang tertinggal...

MASIH ADA YANG INGIN DIKONGSI...


Antara yang tertinggal... gerbang masuk ke galeri...


Bila pengantin menyolek pengantin....

Ayie, Mira, Nal dan Nurul....terima kasih sayang2 akak.....muahssssssss



Keunikan dan falsafah kollam luarbiasa...pelajar UDM berusaha menyiapkannya ...sgt kreatif..


Aangkah bahagianya dapat 7 'menantu' dari berbagai etnik..

" KONSEP SATU MALAYSIA"

Tuesday, June 23, 2009







Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ada dua perkara yang lebih mengembirakan saya. Pertama pameran selamat dirasmikan dan kedua, menerima novel compliment dari penerbit.Alhamdulillah..Dan ingin saya paparkan foto hasil tungkus lumus selama ini..bebepara lama saya balik jam 12.00 malam..dan inilah sebahagian daripada hasilnya... Terima kasih adik Tee dan Ang yang sudi jadi pengantin.



Pasangan pengantin India kami, pelajar UDM.terima kasih dik..


Paling mendapat perhatian ramai....Dev dan Suttana..kagum..kagum..

SAYA MAMPU TERSENYUM SEKALIPUN SANGAT LETIH..

Melihat ia dipasang ..hati saya berdegup kencang...habislah saya
Sahabat dari kaum Cina menyiapkan
pelaminan mereka...



Antara yang menarik..lakaran kollams...

he he he..bila lensa yang berkerja



Sahabat yg bertungkus lumus membantu..

saya ingin berkongsi dengan semua..






Friday, June 19, 2009

BERSYUKURNYA SAYA....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada saat saya menulis blog ini, saya masih di pejabat. Waktu menghampiri maghrib. Saya bersama kru teknikal dan pameran sedang menjalankan kerja kerja penyediaan pameran yang bakal berlangsung beberapa hari saja lagi. Petang tadi, wakil masyarakat Iban yang diterbangkan dari Sarawak tiba untuk persiapan pelaminan perkahwinan masyarakat Iban. Malam nanti selepas maghrib, wakil masyarakat Cina pula menyusul. Besok persiapan pelamin Melayu sementara lusa, Portugis dan Punjabi sementara hari Ahad 21 Jun 2009 masyarakat Baba dan Nyonya pula akan tiba. Kerja-kerja setting dan penyediaan ’write-up dan caption’ sedia di pasang. Wah seperti persediaan mendapat ’menantu’ pula rasanya. Pasangan pengantin berbilang bangsa akan disandingkan mengikut adat istiadat masing-masing pada 22 Jun 2009. Aduhai..sudah tidak sabar rasanya untuk menyelesaikan semuanya. Saya ingin menarik nafas lapang. Selepas itu saya ingin bercuti panjang dan memberi perhatian pada novel yang tersadai. Cadangan pada sehari selepas itu saya ingin bercuti dan habiskan waktu bersama insan2 tercinta. Sekian lama saya mencuri masa-masa yang sepatutnya saya habiskan bersama mereka. Tapi...semalam saya terima fax dari Jabatan Bahasa Melayu, Akedemi Pengajian Melayu, Universiti Malaya untuk temujanji dua orang penolong penyelidik jabatan tersebut. Saya memejamkan mata saya sejenak Ya...niat untuk bercuti terkubur. Saya tidak harus mengenepikan hasrat itu. ....saya lupakan cuti saya. Untuk keberapa kali saya perlu memohon maaf dari orang-orang yang telah saya menabur janji? Ya kesediaan mereka menginsafkan saya. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan insan-insan yang sangat memahami karier saya. ALHAMDULILLAH....

Wednesday, June 10, 2009

SAYA SUDAH TIDAK SABAR......

Assalamualaikum. Apa kabar? Sudah beberapa lama saya tidak entry blog. Rindunya saya..Banyak yang ingin saya cerita...tentang novel baru, tentang projek yang sedang saya jalankan. Saya masih ingat, minggu lepas saya berpeluang bercakap dengan En. Mohd Ali tentang novel baru saya yang dijangka berada di pasaran dalam waktu terdekat ini.
”En. Ali tahu, saya menunggunya seperti menunggu kekasih.” Beliau ketawa besar mendengar kata-kata itu.
”Sabar...” Kata beliau pendek.
”Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ni, En. Ali.” Sekali lagi dia ketawa.
”Sungguh!” Kata saya menguatkan lagi ungkapan saya itu.
”Covernya macamana?” Soal beliau lagi. Saya merenung cover yang berada di tangan saya. Saya terima melalui email yang dihantar oleh Norsuraya yang lebih mesra dengan panggilan Su. Terima kasih Su. Terima kasih Aishah ( Cah ) Saya tersenyum. Sesuai dengan jalan cerita dan tajuk, bunga borgunvilla bersama imej seorang perempuan buat saya sangat berpuas hati. Sentuhan Syreena Jamil bersama gabungan idea editor mengkagumkan. Ternyata kreativiti rekaan dan idea pada kulit-kulit novel mutakhir ini menggembirakan semua penulis-penulis. Saya yakin. Bukan hanya saya berpendapat sedemikian. Lihatlah kulit novel KAU TERCIPTA UNTUKKU, novel Shahriah Abdullah, CINTA KAU DAN AKU, Siti Rosmizah dan banyak lagi novel penulis-penulis lain. Kulit memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menarik minat pembaca. Tahniah kepada pereka grafik.
”Macamana?” Saya tersentak bila soalan kedua dari En. Mohd Ali.
”Cantik. Hiba saya melihat imej perempuan tu. Terima kasih En. Ali” Jawab saya.
”Alhamdulillah...yang penting, penulis gembira...kami cuba buat yang terbaik.” Ungkap beliau. Inilah keistimewaannya. Layanan seperti itu, membuat ’penulis’ seperti saya ini terasa dihargai. Sekalipun, saya tidak sehebat penulis-penulis lain di bawah penerbitan yang sama. Bermula dari percakapan itu, saya mula tidak sabar menunggu hari-hari yg datang dan pergi. Memikirkannya, saya seperti ingin mempercepatkan perjalanan matahari dan bulan, namun bila memikirkan, tarikh perasmian PAMERAN WARNA-WARNA PELAMINAN MALAYSIA yang akan dirasmikan pada 22 Jun 2009 ini, saya ingin saya seakan ingin menahan matahari...saya sedang berhempas pulas menyiapkannya. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga penerbitan BUKU PRIMA, di semua peringkat, bermula dengan edit sehingga terbit dan berada di pasaran. Terima kasih atas segala-galanya. Saya berdoa, setiap novel-novel terbitannya mendapat sambutan daripada pembaca seluruh negara, sebagaimana penerbitan2 lain. Kepada pembaca, saya akan paparkan dalam blog setelah ia berada di pasaran....Salam bahagia