Followers

Monday, December 31, 2012

DIA YANG KUCINTA

Dengan sementara, cuba create sendiri berdasar foto sedia ada.  Sekadar memeriahkan post, saya mengharapkan karya kali ini menambat hati semua pembaca. bersama ini saya paparkan bab-bab untuk bacaan semua.. Maafkan sy jika terjumpa kesilapan pada ejaan..Istilah2 yang kedengarannya janggal barangkali....Apapun selamat membaca.


BAB 30

CHEMPAKA AMNA menjinjing baldi yang berisi air detergen.  Hari ini hari pertama dalam minggu ke tiga dia berkerja di galeri ‘THE HEART’  ini. Lantai harus sentiasa bersih, bebas habuk mengelakkan lukisan catan yang tidak berbingkai itu tidak dihinggapi habuk.  Kerja-kerja harus dijalankan dengan penuh hati-hati.  Air begitu berbahaya kepada koleksi-koleksi berasaskan organik seperti catan, tekstil dan sebagainya.  Dia harus banyak belajar. Dulu masa di tingkatan lima, dia pernah ke bengkel pemuliharan artifak organik menjuruskan pada catan dan tekstil.  Wah! Kini semuanya semakin membuka matanya.  Bahawa tidak mudah memelihara dan memulihara koleksi seperti ini.  Kini dia mula mencintai apa yang ada di depan matanya.  Lukisan-lukisan dan catan serta koleksi tekstil yang bergantungan di galeri itu semakin menumbuhkan cintanya. 

Chempaka Amna mencelup mop ke dalam baldi kemudian dia mengemop perlahan-lahan dan penuh hati-hati permukaan lantai di galeri itu, setelah selesai di beredar ke ruang rehat.  Dilapnya juga lantai ruang sempit itu. Aisyah tiba-tiba masuk dengan senyum.
            “Aisyah, awak ke mana? Saya tunggu dari tadi nak bayar duit awak hari tu.” Beritahu Chempaka Amna sambil mengeluar not seratus dari saku bajunya.  Kemudian tanpa berlengah dihulurnya pada Aisyah. Gadis itu hanya merenungnya tanpa menyambutnya.
            “Tak apalah Amna, kalau awak rasa nak guna, gunalah dulu.  Lagipun gaji awak tu lambat lagi.”
            “Awak  ambil saja, kalau saya tak cukup, saya akan beritahu awak nanti.” Balas Chempaka Amna.  Aisyah tersenyum dan menyambut duit yang dihulur Chempaka Amna.
            “Letih ke Amna?”
            “Kenapa?”
            “Saya nampak galeri tu awak mop kan?”
            “Ya ya, kenapa Aisyah?”
            “Galeri tu kan guna tiles,  licin tu. Hati-hati masa lepas mop.  Nanti kalau ada pelawat masuk, licin dan terjatuh.  Naya kita Amna.”
            “Owh? Aisyah...ya ALLAH mintak-minta cepat kering tu.”
            “Ha ah! Lebih risau lagi kalau Cik Reinna datang masa awak mop lantai.  Dia akan tunggu sampai awak selesai dan kering.” Chempaka Amna mengerut kening mendengar cerita Aisyah.
            “Tak apa Amna jangan risau. Jom kita tengok, kalau masih basah, kita lap guna pengelap kering ni.”
            “Ya ya Aisyah.  Terima kasihlah.”  Belumpun mereka melangkah keluar, tiba-tiba terdengar jeritan suara perempuan.  Chempaka Amna memandang Aisyah dengan wajah cemas.  Mereka berlari keluar, kelihatan seorang perempuan dengan skirt sudahpun tergolek di lantai. Seksinya, sampai nampak peha yang putih melepak itu.  Semakin suspen dibuatnya. Mereka mendekatinya.  Larra?  Dada Chempaka  Amna berdegup sebaik sahaja terpandang wajah Larra.  Dengan pantas dia berlari ke bilik menyimpan alatan pencucian lantas  mencapai pelastik sampah hitam dan diikatnya pada kepala seperti tudung dan hujungnya diselitkan di pipinya seperti mengenakan purdah pada wajahnya.  Dia tidak ingin Larra mengenalinya.  Lantas dia keluar mendekati Aisyah yang  sedang berusaha mengangkat Larra.  Aisyah tersentak melihatnya.  Cepat-cepat dia memberi isyarat supaya Aisyah diam.  Gadis itu terpinga-pinga. Larra bangkit dengan wajah garang dan marah. Ketika gadis itu terpandang Chempaka Amna yang berselubung dengan pelastik sampah hitam, sekali lagi gadis itu menjerit. Sekali lagi Chempaka Amna dan Aisyah tersentak.
            “Bodoh! Kamu berdua ni bodoh!” Marah Larra tak ada tolak ansur.
            “Kami..kami mintak maaf cik.” Ujar Aisyah sambil menggosok bahu Larra.  Larra mengalih bahunya dengan kasar.
            “Kamu yang buat kerja bodoh kan?” Larra menuding jari ke arahnya.  Chempaka Amna tidak bersuara.  Lebih baik dia diam dari bersuara.  Dia tahu sangat kebencian yang di dada Lara. Kalaulah Larra tahu dia di sini, dia yakin, selepas itu dia tidak akan mampu terus berdepan dengan karenah Larra.
            “Mana bos kauorang?” Kasar Larra bertanya.  Matanya tajam merenung Chempaka Amna. Amna cuba mengalih pandangan ke arah lain.
            “Bos? Bos mana yang cik maksudkan.” Balas Aisyah sambil merenung gadis itu.
            “Heh! Berapa orang kau ada bos? Aku nak jumpa Cik Rienna.” Larra menjeling tajam ke arah Aisyah.  Kesian Aisyah, kerana kecuaiannya, Aisyah dimarah si Larra.  Bisik Chempaka Amna dalam hati.  Kekasaran dan sifat kasar Larra saling tak tumpah Mama Hanna.
            “Owh..Cik Reinna.” Aisyah merenung jam di pergelangan tangannya.
            “Hari ni Cik Reinna lambat sikit masuk pejabat.” Balas Aisyah dengan senyum.  Larra sudah kembali berdiri tegap.  Tiba-tiba  Cik Reinna melangkah masuk.  Dengan pantas Chempaka Amna memusing belakang dan terus memanjangkan langkah menyelinap ke bilik menyimpan alatan.  Dadanya berdebar-debar.  Kalau dia terus berdiri di situ, dia pasti dipanggil Cik Reinna melihat keadaannya.  Chempaka Amna tercongok di tepi baldi.  Dadanya berdebar.  Dia takut dipanggil Cik Reinna di depan Larra. Ya ALLAH...jauhkanlah ya ALLAH.  Bisiknya berkali dan berkali-kali.  Tiba-tiba daun pintu kedengaran dibuka.  Dia memejamkan matanya.  Bahunya terasa ditepuk orang.  Ya ALLAH! Ya ALLAH! Tolong..desis  hatinya bersungguh.
            “Amna, kenapa dengan awak ni?” Suara Aisyah mencecah pendengarannya.  Dia mendongak.
            “Ya ALLAH, apa  kena ni? Pucatnya muka awak, kenapa?” Tambah Aisyah.  Dia bangkit perlahan.
            “Dia dah pergi?”
            “Siapa yang awak tanya ni?”
            “Cik..Cik Reinna dan perempuan yang jatuh tadi.” Ujar Chempaka Amna lambat-lambat.  Aisyah tersenyum memandang ke arahnya.
            “Dah...mereka dah pergi dah.” Jawab Aisyah.
            “Keluar?” Tanya Chempaka Amna inginkan kepastian.
            “Tak! Masuk ofis Cik Reinna.” Jawab Aisyah.
Dada Chempaka Amna berdebar.  Masih belum selamat. Bisiknya sambil merenung tajam ke arah Aisyah.
            “Amna, pelik saya nampak awak ni, kenapa? Tadi tu, kenapa awak serkup kepala awak dengan plastik sampah tu. Kenapa?” Soal Aisyah sambil tersenyum.
“Nasib baik, saya ni belum kawin dan belum mengandung, kalau tidak..”
“Kalau tidak kenapa, Aisyah?.”
“Kalau tidak,  kenan anak saya nanti.” Aisyah tertawa kecil.  Chempaka Amna terdiam.  Gurauan Aisyah tidak dapat buat dia tersenyum.  Ada beberapa hal yang bermain di benaknya. Bagaimana harus dia beritahu Aisyah.  Selagi Larra tu di sini selagi itu dia tak boleh keluar dari bilik sempit tu.
            “Dia tu siapa, Aisyah?Selalu ke dia datang ke sini?” Tanya Chempaka Amna lagi.
            “Tidak.  Saya tak pernah nampakpun, tapi saya yakin dia tu kawan Cik Reinna.” Balas Aisyah dengan wajah serius.
            “Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Amna lagi.
            “Sebab saya tengok macamana germbiranya Cik Areinna menyambut budak tu.? Beritahu Aisyah lagi. Amna diam sambil mengangguk-angguk sepert belatuk.
            “Kenapa Amna?”
            “Tak...tak ada apa-apa.” Balas Chempaka Amna.
            “Jomlah! Kita keluar.  Lemaslah!” Ujar Aisyah. Chempaka Amna mengangguk-angguk.  Dengan penuh hati-hati, mereka keluar dari bilisk sempit dan melangkah ke pantri.
            “Saya bancuh nescafe ya.” Tambah Aisyah.
            “Terima kasih Aisyah.  Beruntungnya saya dapat kawan macam awak.” Balas Chempaka Amna penuh rasa ikhlas.  Dia mengaku, dalam hidupnya dia tidak pernah ada kawan rapat.  Dulu sewaktu arwah Iman masih ada, Imanlah adik, Imanlah kawan baik Chempaka Amna.  Dunianya hanya di rumah.  Selepas sekolah, bersama Iman dan Kak Peah pembantu rumah.  Sebelum ibu  meninggal, ibulah kawan paling baik.  Semua ibu. Itu ibu, ini ibu. Kini mereka semua sudah tidak ada lagi, begitu juga Papa Khalid.  Semua insan yang disayangi di dunia ini telah meninggalkannya. Abang Hafidz Andrew? Mana mungkin dia dapat berbaik-baik dengan lelaki itu.  Mama Hanna sangat membencinya dan Mama Hanna sering memberi amaran, jangan cuba mendekati anaknya itu. Satu penghinaan yang sangat memedihkan.  Dadanya tiba-tiba sebak dan pedih.  Kepedihan bersama Mama Hanna tidak dapat diceritakan dengan kata-kata.  Namun dia tidak pernah bercerita pada sesiapapun kecuali TUHAN yang Maha melihat dan Maha mendengar segala rintihan dan kepedihannya. 
            “Amna, laaa...kenapa ni?”
Cepat-cepat Amna   menyeka matanya.
            “Ya Aisyah?”
            “Saya yang sepatutnya tanya  awak.  Kenapa awak menangis ni?” Soal Amna sambil memegang bahunya.  Dia cuba tertawa namun Aisyah tidak.
            “Awak ada masalah ke?” Soal Aisyah lagi. Chempaka Amna tidak mampu menahan rasa sedihnya.  Tangan Aisyah digenggamnya.
            “Aisyah...”
            “Cakaplah Amna.”
            “Taklah Aisyah, mana saya ada masalah? Cuma saya ni sekali sekala tak berapa betul.” Balas Chempaka Amna dengan senyum yang dibuat-buat.  Aisyah ikut ketawa.
            “Awak ni kelakar Amna.”
Kelakar? Apa yang kelakarnya Aisyah.  Kalau kau tahu, kau tak kan kata aku ni kelakar. Getusnya di dalam hati.
            “Saya bukan kelakar, tapi saya ni gila.” Ujarnya masih dalam ketawa yang tersisa.  Kedua-duanya tertawa. Chempaka Amna tertawa sehingga matanya berair.  Sudah lama dia tidak ketawa begini rupa.  Kedengaran ketukan di pintu.  Ketawa mereka terhenti. Aisyah bangun dan melangkah ke pintu.  Beberapa minit Aisyah datang tanpa senyum.
            “Amna!” Panggil Aisyah dalam nada yang berbeza dari sebelumnya.  Wajahnya nampak serius.  Chempaka Amna mendonggak.
            “Awak, Cik Reinna nak jumpa di pejabat.” Beritahu Aisyah pantas.
            “Kenapa ha? Habislah saya. Aduh! Aisyah.  Kenapa saya bodoh sangat tadi.” Ujarnya tanpa jelas. Aisyah mengerut kening memandangnya.
            “Amna, awak pergi ajelah.  Awak mintak maaf aje kat perempuan tu.”
            “Tapi saya tak jumpa perempuan tadi lagi Aisyah.”Beritahunya, nyaris-nyaris memberitahu siapa sebenarnya Larra dengannya.
            “Awak pergi dulu Amna.”
            “Saya nak berhenti kerja Aisyah.” Ujarnya sungguh-sungguh. Hahaha..tiba-tiba Aisyah tertawa.
            “Betullah awak cakap awak ni gila Amna.  Dahlah, mari saya temankan awak jumpa Cik Rienna.” Ujar Aisyah.  Dia merenung Aisyah dalam-dalam.
            “Betul ke awak?”
         “Yalah! Nanti kalau perempuan yang jatuh tadi melempang awak, saya akan patah-patahkan lehernya.” Balas Aisyah. Chempaka Amna tiba-tiba terkekeh mendengar kata-kata Aisyah.  Gadis itu ikut tersengih.
            “Jom!” Ujar Aisyah.  Mereka melangkah ke bilik Cik Reinna.  Aisyah mendahului Chempaka Amna dan mengetuk pintu.
            “Masuk!” kedengaran suara Cik Reinna.  Aisyah memandang ke arahnya dan memberi isyarat supaya dia masuk. Namun dia masih berdiri kaku.  Akhirnya Aisyah menolak daun pintu dan terus menolaknya ke dalam bilik Cik Rienna.  Akhirnya dia telahpun berada di dalam bilik Cik Rienna.

1 comment:

lemari pakaian jati said...

lemari pakaian minimalis murah hanya di http://www.lilikjatijepara.com/lemari-pakaian/lemari-pakaian-tiara-warna-coklat-motif-blentong-tiga-pintu